Tuesday, April 13, 2010

BAU BADAN



Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?

* Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau

* Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari

bau badan

Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?

* Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan

* Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan


Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?

* Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh

* Bau badan hilang selepas mandi


Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?

* Gunakan sabun anti bakteria

* Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)


Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?

Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:
bath


* Kerapkan mandi

* Selalu menukar pakaian

* Memakai pakaian yang bersih

* Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera

* Mencukur bulu ketiak

* Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

No comments: