Tuesday, May 11, 2010
Biarlah kehadiran anda dirasai!
Al-Mukadimah, banyak cabaran yang menanti guru bagi yang mengikuti perkembangan pendidikan semasa. Harapan yang diletakkan di bahu guru bukan sahaja daripada kelompok pelanggan iaitu ibu bapa, tetapi juga pembuat dasar, iaitu kerajaan.
Bagi yang telah memenuhi tuntutan Bai'ah, anda bolehlah tersenyum pada Hari Guru ini.
Maka, pada Hari Guru tahun ini, apa sahaja pengumuman - sama ada ia tokok tambah kepada gaji atau imbuhan lain - maka ia perlu disusuli dengan rasa insaf bahawa tanggungjawab mendatang bukan kepalang beratnya. Guru di bandar, pedalaman, di kampung atau di sektor-sektor khas lain perlulah dapat merasai bahawa Hari Guru 2010 ialah titik tolak kepada perubahan yang bakal mereka galas.
Perlu juga dibangkitkan di sini, kepada lebih 100 guru pedalaman yang telah diberi tunjuk sebab kerana ponteng dan pelbagai masalah lain, anda fikirlah sendiri. Jawablah surat tersebut kalau masih berstamina menjadi guru.
Yang mereka perlu sedar juga ialah tindak tanduk dan output kerja mereka kini diperhatikan secara kuantitatif dan kualitatif. Hal ini senang sahaja dilaksanakan kerana di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) pendidikan yang menjadi dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP), maka KPI keberhasilan dan KPI tindakan akan menjadi petunjuk kepada pencapaian kuantitatif dan kualitatif masing-masing.
Rakyatlah yang memerhatikan KPI kita kelak. Sedarlah wahai guru, bahawa ibu bapa pada hari ini sudah pintar dan malah ada yang cukup arif tentang makna dan rubrik penilaian KPI. Mungkin selepas ini laporan kertas kerja berkajang-kajang kepada ketua jabatan terhadap apa yang kita buat tidak penting lagi, tetapi produk yang akan menentukan cara dan hala tuju kita.
Jadi, berhenti daripada terus cuba bermain dengan sentimen simpati terhadap diri sendiri, sebaliknya bekerja keraslah di bawah bidang tugasan di mana kita diletakkan. Kalau kita benar-benar mengakui apa yang kita lakukan demi the national duty, maka nawaitu kita selepas ini akan dipamerkan melalui keputusan atau output kerja masing-masing.
Kita bukanlah hebat sangat sehingga boleh diletakkan sebagai yang terbaik di dunia. Malah di peringkat Asia pun bukan. Indeks pencapaian pendidikan kita secara umumnya pun makin merosot (lihat laporan TIMMS dua tiga tahun kebelakangan ini) berbanding negara kecil Singapura dan Hong Kong. Nampaknya, semakin banyak dasar baru yang diperkenalkan, kesannya ialah antagonis. Apa sudah berlaku dan di mana ketirisan berlaku? Tepuk dada, tanyalah selera.
Dunia mungkin telah berubah, dan kita juga sebenarnya mesti berubah.
Pelbagai mekanisme dan enjin diperkenalkan dalam sistem kita. Kita ialah pengamal carrot and stick yang handal. Terlalu banyak carrot menyebabkan kita karat.
Pelbagai usaha dilakukan. Paling terbaru, Kementerian Pelajaran Malaysia mahu membantu sekolah dengan memperkenalkan apa yang disifatkan sebagai Program Peningkatan Prestasi Sekolah (PPPS). Program ini begitu cantik tetapi sejauh mana ia akan tercapai terletak di tangan guru. Satu hal lagi ialah sejauh mana guru mahu membuka pintu dan pemikirannya terhadap perubahan yang hendak dibawa oleh PPPS.
Sekolah akan menerima lagi pelbagai bentuk sokongan dan bantuan di bawah PPPS. Program berbentuk bottom-up ini akan berfokus terus ke sekolah, dengan menolak terus konsep one size fits all.
Begitu juga terdapat cadangan supaya guru diberikan sijil profesional. Lesen ini perlu diperbaharui melalui pemantauan dan program tertentu yang mereka perlu ikuti dari semasa ke semasa.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 usaha besar-besaran akan dilakukan untuk mensiswazahkan hampir 100,000 guru yang masih belum memegang ijazah. Jumlah itu besar berbanding jumlah guru pada hari ini yang berjumlah 4000,000 orang.
Bagi pihak Utusan Malaysia, kami mengucapkan selamat Hari Guru 2010, semoga kita semua berada dalam sihat sejahtera dan mendapat keberkatan Allah dalam setiap tindak tanduk kita. Sebagai penganjur bersama festival Hari Guru, Utusan Malaysia menjemput semua guru dari seluruh negara ke Festival Hari Guru di East Coast Mall Kuantan bermula 13 hingga 16 Mei. Banyak ilmu menanti anda.
Kira raikan Hari Guru 2010.
Wednesday, May 5, 2010
Rest Kat Rumah..Sakit Lutut la Pulak...
Pagi tdi bangun tidog, tiba2 ja rasa sakit semacam lutut kanan, nak bejalan tehencut2.. fuhh..solat pun kena duduk... mula2 2 siap la nak g sekolah gak... tapi bila pikir2 nak jalan pun payah..nti naik turun tangga la..PJ harini dah la 2 jam... payah nak ajar..nak kena bgerak byk.. pastu Mem pun bagi nasihat dok rumah ja.. rest...
sebelum nie penah gak sakit2 gini..tpi jarang la..selang shri dua..lega la..mungkin kurang kalsium kot...
p/s : ada hikmah atas sakit yang diberikan olehNya...
Tuesday, May 4, 2010
Mandi Peluh Vs Bola Jaring
Pagi tadi..aku mengajar bola jaring... bagi aku walaupun nie game budak perempuan, tapi sbgi guru sukan, perlu tau..selepas dah buat research tentang posisi pemain dan peraturan..ajag la budak2 tahun 4 nie main.. budak lelaki pun aku suruh belajaq sekali..mula2 semua tak mau main..tapi lepas dah train pelan2 depa bukan main seronok lagi.. mengalahkan budak perempuan..haha
Aku bagi depa pakai BIP supaya lebih mudah faham posisi dan peranan masing2... tapi yang lemahnya..line@garisan pdg dah x terang..habis ja kelas tu..aku terus touch up balik line tu..puas hati tengok... mintak dua budak tolong sama... walaupun perlawanan prgkt sek@ daerah dah habis tapi.. court tu nanti leh guna time waktu PJ atau aktvti ko-ko...
kalu line court tu takdak payah nak main @ ajar budak2 nie.. tpi alhamdulillah depa nie kategori cepat tangkap cara nak main walaupun bukan 100% la.. Banyak jenis kecergasan yang dpt depa belajar selain kemahiran bermain bola jaring..Ketangkasan, Masa Tindak Balas, Ketepatan, Daya Tahan Kardiovaskular dan mcm2 lagi..
Habis buat padang tu..aku bepeluh x berhenti2..dah la ada clas lepas tu..lepas lap peluh ja..kuar lagi.. basah lencun habis baju aku.. sampai budak tegur..cikgu bepeluh bnyak sgt.. depa simpati kat aku..dalam hati.."sayang gak depa kat aku" heheehe...
Bermain dengan minyak hitam nie dah menjadi rutin dalam life aku.... setiap pekara yang dilaksanakan..wajar dilakukan dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan, dan dedikasi... sesetengah perkara tidak perlu disuruh... wassalam
Monday, May 3, 2010
Bercucuk Tanam Banyak Faedahnya
Jumaat & Sabtu lepas aku balik kampung..melawat kedua orang tua.. Dah lama tak jengok depa..sebulan jugak la..sebelum nie sebulan 2 @ 3 kali... bukan jauh mana pun sejam ja jarak...sekarang byk keja ari jumaat n sabtu..kdg2 sek ganti lak..
nak jadi cerita..kat rumah aku nie..ada la dekat 10 buah pasu bunga yg x digunakan..tuan rumah soh guna..erm.. masa kat kg..lalu belakang rumah..tgk byk pokok2 sayur yang mak tanam, bayam, bendi, terung, cabai, kunyit..mcm lagi la..
terasa mcm nak isi masa ptg2 dgn pkra yg bemanfaat... jadi amik la syur kangkung, bayam, kunyit.. dan biji2 benih sayur len.. balik cni.. terus pemasuk dalam pasu bunga.. bila pikir balik.. best jugak buat camni..selain dpt keluar peluh.. dpt jugak hasil, sedut udara petang yg nyaman.. kangkung dah boleh mkan..makan malam tadi mem besar buat masak lemak...
kat rumah nie pun dah ada serai yg ditinggalkan org sebelum nie.. tanam tepi luas, lapang ja rasa.. pelan2 ingat nanti nak tanam bunga2 lak..bagi beseri kawasan umah nie..hehe.. aku nie bukannya pandai sgt bab bab nie..tapi.. dok pikir2 bukannya susah cuma perlukan semangat ja..
harap pokok syur yg ditanam cepat buahkan hasil..amin
len masa aku upload gambar..
Bola Baling Lagi
Thursday, April 15, 2010
Keletihan Terasa, Kepuasan Teserlah ( BoLa BaLiNg)
Kejohanan Bola Baling Peringkat PKG Sg Ular bermula harini..sekolah aku jadi tuan rumah..masuk kali ni dah 2 kali aku terlibat jdi tn rumah bola baling. dulu kat sek keb 1 taman selayang... Antara orang kuat yang banyak menyumbang tenaga adalah ust roshidi, ckgu shamsul, ckgu niza, ckgu abu & ustz redho (j/lth-L), Kak Hamidah (j/lth-P, ckgu zam, dan ramai lagi......terima jugak pada pak man & pak long (tukang kebun) yang tolong ikut ambik & pasang khemah (4 buah) & tiang gol..
Jutaan tahniah pada pasukan lelaki SK Labu Besar, kerana menjadi Johan ( 3 menang, 1 seri), pasukan perempuan mungkin boleh cuba lagi tahun depan. Main dlm bentuk liga/round robin. Tapi 2 pemain tebaik kami x dpt wakili ke prkgt daerah sebab tarikh plwnn prgkt daerah clash dgn plwanan kriket (pgkt ngri)- depa main kriket gak..
Perlawanan prkgt Daerah juga akan berlangsung kat Sek Keb Labu Besar..hujung bulan nie.. dan peringkat negeri pun belangsung kat kat sini dlm bulan Mei nanti.. Semoga usaha, keringkat dan kerjasama yang padu akan terus diberikan... SEKIAN.
MAJULAH SUKAN UNTUK SK LABU BESAR, KULIM.
Tuesday, April 13, 2010
Pemutihan Gigi
Pengenalan
Rawatan pemutihan gigi adalah satu cara yang berkesan untuk mencerahkan warna asal gigi tanpa memotongnya. Ia mungkin tidak dapat menukarkan warna gigi tersebut sepenuhnya tetapi, mampu mencerahkan warna asal.
Hydrogen peroxide atau carbamide peroxide merupakan bahan aktif yang sering digunakan dalam produk pemutihan gigi.
Siapa yang memerlukan Pemutihan Gigi?
Pemutihan gigi sesuai bagi individu yang sihat, tiada tampalan gigi dan tiada masalah gusi. Rawatan ini berkesan untuk gigi yang berwarna kuning dan gigi yang mempunyai tanda kotoran (stain).
Doktor pergigian akan memeriksa status kesihatan pergigian anda terlebih dahulu sebelum mengesyorkan rawatan ini.
Bagaimana Proses Pemutihan dijalankan
Pemutihan gigi biasanya menggunakan cara pelunturan.
Mula-mula pelindung getah atau gel akan diletakkan pada gusi untuk melindungi tisu lembut mulut. Kemudian bahan pemutih disapu terus pada gigi atau menggunakan tray khas yang sesuai dengan mulut anda.
Lain-lain Prosedur Untuk Mencerahkan Warna Gigi
Pada masa ini terdapat penggunaan laser atau power whitening untuk pemutihan gigi. Cahaya atau laser dipancarkan ke permukaan gigi untuk mengaktifkan bahan kimia. Prosedur ini lebih cepat menghasilkan perubahan warna gigi yang dikehendaki.
Apakah Kesan Sampingan Rawatan Ini?
Sesetengah individu mungkin mengalami rasa ngilu (sensitif) semasa atau selepas rawatan. Ada juga yang mengalami rasa tidak selesa pada gusi, sakit tekak atau mendapati tompok-tompok putih di pinggir gusi . Gejala ini adalah sementara sahaja dan akan hilang dalam beberapa hari selepas selesai rawatan.
Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika kesan sampingan ini berlarutan.
Berapa Lama Prosedur Pemutihan dijalankan?
Doktor pergigian mengambil masa selama satu jam sehingga beberapa kali lawatan bergantung kepada warna gigi dan teknik yang digunakan.
Berapa Kosnya?
Klinik pergigian kerajaan tidak menawarkan rawatan ini secara rutin. Ia dilakukan khas untuk mereka yang amat memerlukannya.
Di klinik pergigian swasta, harganya bergantung kepada cara dan teknik yang digunakan. Bayaran untuk penggunaan Laser atau power whitening adalah lebih mahal berbanding pelunturan biasa.
Anda dinasihatkan mendapat anggaran kos bertulis sebelum memulakan rawatan.
Bagaimana Penggunaan Produk Pemutih Gigi Di Rumah?
Terdapat pelbagai jenis produk pemutih gigi yang boleh digunakan di rumah, sama ada yang dibekalkan oleh doktor pergigian anda atau dibeli di kedai-kedai farmasi.
Pemutihan gigi adalah satu prosedur yang rumit. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor pergigian terlebih dahulu sebelum menggunakan produk ini.
Berapa Lama Gigi Akan Kekal Cerah?
Kesan rawatan bergantung pada individu. Lazimnya, gigi akan kekal cerah selama tiga tahun. Kesannya akan menjadi lebih singkat jika anda seorang perokok atau mengambil makanan/minuman yang boleh meninggalkan kesan pada warna gigi.
Pengurusan Pemakanan untuk Penyakit Darah Tinggi/Hipertensi
Makan makanan yang berkhasiat dan pilihlah makanan yang bersih dan selamat.
Pemakanan seimbang adalah rahsia kehidupan yang sihat.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah:
* Garam / natrium
* Berat badan
Garam / Natrium
Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.
Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari)
Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza. Sila rujuk jadual.
BAU BADAN
Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?
* Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau
* Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari
bau badan
Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?
* Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
* Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan
Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?
* Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
* Bau badan hilang selepas mandi
Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?
* Gunakan sabun anti bakteria
* Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?
Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:
bath
* Kerapkan mandi
* Selalu menukar pakaian
* Memakai pakaian yang bersih
* Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
* Mencukur bulu ketiak
* Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari
Hidup Sihat, Jantung Sihat
Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?
Harungi Hidup Dengan Tenang
Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan. Untuk membantu anda membina pandangan baru, sila lawat blog saya di http://www.wanibrahim.com/blog.
Jantung Sihat Sepanjang Hayat
Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.
Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.
Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.
Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.
Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?
Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.
Terpanggil untuk bercerita - suami kawan kat sek kena strok..half body..ambik iktibar
sumber:http://www.kesihatan.biz/Hidup_Sihat.php
SEK KEB LABU BESAR, KULIM, KEDAH
ucpn trima kasih kpd pak lang ats bantuan pertukaran ke kedah.. memang pak lang & mak lang byk membantu.. sekolah sekarang nie dok dengan ibu mentua..dia PK Hem..rmi orng dok tanya mama.."mcmna boleh masuk sekali dengan menantu?" guna kabel ka? hehe..tapi sek ni..ada 3 pasangan guru suami isteri..
bebanding sek lama.. selain tugas hakiki-mengajar.. tugas len..x byk mcm dulu2.. sek lama sampai x menang tgn.. kat sni..cuma jdi guru kelas thn 4 dn ajk TKRS sja.. relaks la skit. depa x bagi jd su sukan lagi..sebab soh survey2 dulu.. kira ok la..
setakat nie dulu..sekian...
KESEGARAN TERASA APABILA BERDUA
sekarang semua terletak kat kita sendiri... Alhamdulillah..