Thursday, April 15, 2010

Keletihan Terasa, Kepuasan Teserlah ( BoLa BaLiNg)


Kejohanan Bola Baling Peringkat PKG Sg Ular bermula harini..sekolah aku jadi tuan rumah..masuk kali ni dah 2 kali aku terlibat jdi tn rumah bola baling. dulu kat sek keb 1 taman selayang... Antara orang kuat yang banyak menyumbang tenaga adalah ust roshidi, ckgu shamsul, ckgu niza, ckgu abu & ustz redho (j/lth-L), Kak Hamidah (j/lth-P, ckgu zam, dan ramai lagi......terima jugak pada pak man & pak long (tukang kebun) yang tolong ikut ambik & pasang khemah (4 buah) & tiang gol..

Jutaan tahniah pada pasukan lelaki SK Labu Besar, kerana menjadi Johan ( 3 menang, 1 seri), pasukan perempuan mungkin boleh cuba lagi tahun depan. Main dlm bentuk liga/round robin. Tapi 2 pemain tebaik kami x dpt wakili ke prkgt daerah sebab tarikh plwnn prgkt daerah clash dgn plwanan kriket (pgkt ngri)- depa main kriket gak..

Perlawanan prkgt Daerah juga akan berlangsung kat Sek Keb Labu Besar..hujung bulan nie.. dan peringkat negeri pun belangsung kat kat sini dlm bulan Mei nanti.. Semoga usaha, keringkat dan kerjasama yang padu akan terus diberikan... SEKIAN.

MAJULAH SUKAN UNTUK SK LABU BESAR, KULIM.

Tuesday, April 13, 2010

Pemutihan Gigi



Pengenalan

Rawatan pemutihan gigi adalah satu cara yang berkesan untuk mencerahkan warna asal gigi tanpa memotongnya. Ia mungkin tidak dapat menukarkan warna gigi tersebut sepenuhnya tetapi, mampu mencerahkan warna asal.

Hydrogen peroxide atau carbamide peroxide merupakan bahan aktif yang sering digunakan dalam produk pemutihan gigi.


Siapa yang memerlukan Pemutihan Gigi?

Pemutihan gigi sesuai bagi individu yang sihat, tiada tampalan gigi dan tiada masalah gusi. Rawatan ini berkesan untuk gigi yang berwarna kuning dan gigi yang mempunyai tanda kotoran (stain).

Doktor pergigian akan memeriksa status kesihatan pergigian anda terlebih dahulu sebelum mengesyorkan rawatan ini.


Bagaimana Proses Pemutihan dijalankan

Pemutihan gigi biasanya menggunakan cara pelunturan.

Mula-mula pelindung getah atau gel akan diletakkan pada gusi untuk melindungi tisu lembut mulut. Kemudian bahan pemutih disapu terus pada gigi atau menggunakan tray khas yang sesuai dengan mulut anda.


Lain-lain Prosedur Untuk Mencerahkan Warna Gigi

Pada masa ini terdapat penggunaan laser atau power whitening untuk pemutihan gigi. Cahaya atau laser dipancarkan ke permukaan gigi untuk mengaktifkan bahan kimia. Prosedur ini lebih cepat menghasilkan perubahan warna gigi yang dikehendaki.

Apakah Kesan Sampingan Rawatan Ini?

Sesetengah individu mungkin mengalami rasa ngilu (sensitif) semasa atau selepas rawatan. Ada juga yang mengalami rasa tidak selesa pada gusi, sakit tekak atau mendapati tompok-tompok putih di pinggir gusi . Gejala ini adalah sementara sahaja dan akan hilang dalam beberapa hari selepas selesai rawatan.

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika kesan sampingan ini berlarutan.


Berapa Lama Prosedur Pemutihan dijalankan?

Doktor pergigian mengambil masa selama satu jam sehingga beberapa kali lawatan bergantung kepada warna gigi dan teknik yang digunakan.


Berapa Kosnya?

Klinik pergigian kerajaan tidak menawarkan rawatan ini secara rutin. Ia dilakukan khas untuk mereka yang amat memerlukannya.

Di klinik pergigian swasta, harganya bergantung kepada cara dan teknik yang digunakan. Bayaran untuk penggunaan Laser atau power whitening adalah lebih mahal berbanding pelunturan biasa.

Anda dinasihatkan mendapat anggaran kos bertulis sebelum memulakan rawatan.


Bagaimana Penggunaan Produk Pemutih Gigi Di Rumah?

Terdapat pelbagai jenis produk pemutih gigi yang boleh digunakan di rumah, sama ada yang dibekalkan oleh doktor pergigian anda atau dibeli di kedai-kedai farmasi.

Pemutihan gigi adalah satu prosedur yang rumit. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor pergigian terlebih dahulu sebelum menggunakan produk ini.


Berapa Lama Gigi Akan Kekal Cerah?

Kesan rawatan bergantung pada individu. Lazimnya, gigi akan kekal cerah selama tiga tahun. Kesannya akan menjadi lebih singkat jika anda seorang perokok atau mengambil makanan/minuman yang boleh meninggalkan kesan pada warna gigi.

Pengurusan Pemakanan untuk Penyakit Darah Tinggi/Hipertensi




Makan makanan yang berkhasiat dan pilihlah makanan yang bersih dan selamat.
Pemakanan seimbang adalah rahsia kehidupan yang sihat.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah:

* Garam / natrium
* Berat badan

Garam / Natrium

Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.

Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari)

Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza. Sila rujuk jadual.

BAU BADAN



Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?

* Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau

* Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari

bau badan

Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?

* Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan

* Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan


Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?

* Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh

* Bau badan hilang selepas mandi


Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?

* Gunakan sabun anti bakteria

* Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)


Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?

Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:
bath


* Kerapkan mandi

* Selalu menukar pakaian

* Memakai pakaian yang bersih

* Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera

* Mencukur bulu ketiak

* Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

Hidup Sihat, Jantung Sihat

Berhenti Merokok

Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Harungi Hidup Dengan Tenang

Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan. Untuk membantu anda membina pandangan baru, sila lawat blog saya di http://www.wanibrahim.com/blog.

Jantung Sihat Sepanjang Hayat

Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.

Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.

Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.

Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?

Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.

Terpanggil untuk bercerita - suami kawan kat sek kena strok..half body..ambik iktibar

sumber:http://www.kesihatan.biz/Hidup_Sihat.php

SEK KEB LABU BESAR, KULIM, KEDAH

masuk arini dah 3 bulan 13 hri aku duty di sek baru nie..alhamdulillah, nasib baik dpt masuk sek nie jugak..kalu tak dah kena antar kat Langkawi dah.. memang la ramai orang kata, dok langkawi best, boleh wat bisnes, brg murah.. tapi kalu aku bujang memang best sgt..tp sebaliknya..byk pkra & tggjwb kna dilunaskan.

ucpn trima kasih kpd pak lang ats bantuan pertukaran ke kedah.. memang pak lang & mak lang byk membantu.. sekolah sekarang nie dok dengan ibu mentua..dia PK Hem..rmi orng dok tanya mama.."mcmna boleh masuk sekali dengan menantu?" guna kabel ka? hehe..tapi sek ni..ada 3 pasangan guru suami isteri..

bebanding sek lama.. selain tugas hakiki-mengajar.. tugas len..x byk mcm dulu2.. sek lama sampai x menang tgn.. kat sni..cuma jdi guru kelas thn 4 dn ajk TKRS sja.. relaks la skit. depa x bagi jd su sukan lagi..sebab soh survey2 dulu.. kira ok la..

setakat nie dulu..sekian...

KESEGARAN TERASA APABILA BERDUA

Tanggal 31 mac lalu dah masuk rumah sewa baru.. sebelum nie tggl bersama family mertua.. banyak perbezaan apabila dok berdua nie.. banyak perkara dan urusan yang dpt aku tentukan sendiri.. sebelum ni keputusan dicampuri oleh orang lain..

sekarang semua terletak kat kita sendiri... Alhamdulillah..