Saturday, August 30, 2008

rEhAt MiNdA sEbEnTaR...

Dua orang kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai dan diorang tak reti berenang.
salah seorang dari mereka menjerit, "tolong! tolong!"


Kawannya pula berkata, "Rasanya lebih baik kalau kita jerit serentak."

"Bagus juga cadangan kau tu," balas kawannya itu lalu menjerit, "Serentak! Serentak!"

Suatu hari seorang ayah dan anak kecilnya menikmati juadah minum petang bersama,
tiba-tiba anaknya bertanya, "kenapa rambut ayah beruban?"
Si ayah pun menjawab, "setiap kali kamu membuat nakal, rambut ayah akan beruban.
"Si anak tidak puas hati lalu membalas, "maknanya ayah lebih nakal dari saya sebab saya tengok rambut atuk lebih banyak uban dari ayah."

Seorang kanak-kanak menangis meronta-ronta kerana tidak mahu dibawa ke klinik.
"Dulu Atan sakit gigi, doktor tu cabut gigi Atan. Sekarang Atan sakit kepala, nanti doktor tu cabut kepala Atan pulak", rayu budak tu tersedu-sedu...


Seorang lelaki baru saja bertengkar dengan isterinya.
Habis bertengkar, secara tiba-tiba saja isterinya mengemas barang-barangnya ke dalam beg. Kenapa?", tnya si suami..

Isteri menjawab, "kita dah berkahwin lebih 15 tahun, dalam masa tu rumah ni tak pernah aman, asyik bertengkar je. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"

Si suami berfikir sebantar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

"Betul jugak kata awk, saya pun dah tak tahan dengan dengan rumah ni, saya pun nk ikut awak kluar dari rumah ni...!...

No comments: